Monday, December 29, 2008
DAH BESAR RIZQY - ANAK AYAH N BONDA
Genap 3 bulan dah anak ayah n bonda ni....tapi kalau tgk telatahnya macam dah 9 blan...mana taknya...pandai celoteh (bahasa jermen)...pandai senyum2...ketawa2...
Hari ni juga buat pertama kalinya Rizqy akan bertemu ngan Rayyan (anak kakak aku)...Rayyan dah 9 bulan....aku pun tak sabar nak tgk Rayyan....
Kebetulan masa aku menulis ni...kakak aku, abg ipar aku,anak dia Rayyan dan mak mertua kakak aku akan datang ke Jakarta dari 29 Disember 2008 hingga 4 Januari 2009....
Rezeki Rizqy juga kali ni...sekarang aku dah ada 2 orang pembantu rumah...sorang tu dah 5 bulan keje kat sini...yang lagi sorang tu belum 1 bulan lagi kat sini...tapi sekarang ni aku banyak goyang kaki la...hehehe (bertambah la berat badan aku macam ni!!) selain menaikkan berat badan ni...langkah aku nampaknya bertambah panjang la....banyak la tempat aku bole melawat....hehehehe
hujung bulan Januari 2009 aku, suami n Rizqy akan pulang ke tanah air untuk melawat keluarga yang telah sekian lama tidak dijenguk...kami akan pulang selama 3 minggu sahaja...so dalam masa 3 minggu tu kami akan buat majlis aqiqah Rizqy beserta cukur jambul...so bila balik semula ke jakarta..rambut Rizqy yang sememang2nya lebat gila tu..akan di botakkan...macam mana la agaknya muka Rizqy bila dah tak de rambut ye?????....
Dulu masa lahir berat Rizqy hampir ke 3.8kg dan panjang 50cm ....dan setelah usia meningkat 3 bulan, berat Rizqy 5kg dan panjang pula sudah 57cm...tapi kalau org tgk Rizqy, org akan kata berat dia macam 2-3kg..sebab nampak sangatlah comel....mungkin sebab dia tinggi.....kalau jalan2 Rizqy akan jadi tumpuan umum sebab pertamanya dengan muka yang agak ganteng...pastu ngan rambut yang lebat..n senyuman dia yang membuatkan org akan tertarik...sape je yang senyum n bercakap2 ngan dia...dia akan membalasnya...tu yang buat org tertarik ngan Rizqy...
Sekarang jam dah pukul 11.00 pagi...hanya tinggal beberapa jam lagi kakak aku nak sampai....so menu ari ni tuk diaorg aku hidangkan meehun sup, begedil dan tempe goreng....
Posted at 08:45 am by yanazana
Friday, November 07, 2008
AHMAD RIZQY SYAH BIN YA MOHAMMAD NAZRI SYAH
Alhamdullilah akhirnya aku selamat melahirkan zuriat pada 29 September 2008 jam 8.03 pagi....Baby yang kuar seberat 3.78kg...aku n hubby telah sepakat menamakan anak kitaorg AHMAD RIZQY SYAH...yang bermaksud YANG TERPUJI REZEKIKU RAJA....
Aku nak cerita detik2 permulaan macam mana aku bole ke spital n bersalin.....lepas sahur 29 september 2008 darah dah mula kuar..sampai je kat spital doktor kata laluan dah buka tapi kepala baby tak turun kat pinggul..so aku memang nak sangat bersalin normal..doktor pun dah setuju..tapi nak dijadikan cerita nak tak nak aku kena la caeser...setelah mendapat persetujuan dari hubby so doktor pun memulakan langkah....
Sebelum masuk ke bilik bedah nurse telah mencucuk aku sebanyak 6 kali untuk mendapatkan darah...punya la susah nak ambik darah aku ni...sampai yang ke 6 baru la berjaya..pas je dah ambik darah aku pun berjalan la masuk kat bilik bedah...sampai je kat dalam tu aku terdengar lagu2 melayu...seronoknya la hospital ni siap pasang lagu lagi...bila aku dah mula dibius separuh badan dan dah nak mula operation je aku nampak seseorang yang pelik lain macam je...pakai baju ala2 doktor dok pandang je muka aku...tapi org tu ada misai ada janggut...mata dia dok tengok kat aku...bila dia pegang tangan aku je baru la aku tau itu la suami aku...hehehe..dah pakai baju macam doktor ngan tutup mulut sekali mana la aku nak kenal...
Alhamdullilah aku bersalin hubby dapat melihat sendiri ngan mata dia macam mana proses2 yang dilakukan oleh doktor..bila doktor kuarkan baby je...aku dah dengar dah dia menangis...hubby pulak diarahkan oleh nurse tuk ikut nurse yang bawak baby tu pegi bersihkan baby (mana la tau kot2 tertukar baby ke)...pas je dah dibersihkan baby sementara aku masih terbaring sebab doktor tengah jait aku punya perut ni hubby ngan nurse n baby datang dan tunjukkan n bagi aku cium anak aku tu buat pertama kalinya....first aku tgk anak aku...aku bersyukur sangat2 kepada ALLAH sebab kurniakan anak yang cukup sempurna sifatnya...tapi dalam hati aku...ye ke tu anak aku??????
Lepas je dah abis dibedah dan kami semua dah selamat...aku pun dihantar ke wad....sampai je kat bilik..isteri2 imigresen n buruh dah ada kat bilik aku tu...tak lama lepas tu baby pun naik ke bilik aku dan aku tgk anak aku tak de rupa aku, tak de plak rupa ayah dia...tak lama tu aku tanya kat hubby betul ke anak kita ni..hubby kata betul sebab dia sendiri tengok memang tak tukar pun..yang peliknya nurse2 kat situ semua cakap anak aku macam anak 'orang bule' (dalam bahasa malaysia anak 'mat saleh') pikir punya pikir nape muka anak aku lain...sebabnya masa aku mengandung aku suka sangat tengok pelakon budak kecik indonesia nama 'BAIM' kengkawan pun kata macam si 'BAIM'....kak Mas kata patut la kepala anak aku tak turun kat pinggul sebab kepala dia bulat..Kak Mas kata lagi kalau kepala lonjong dia akan turun...Kak Mas bercakap pun berdasarkan pengalaman dia bekerja sebagai nurse di bahagian bidan di dah lama dah.....hari tu juga bilik aku tak putus2 dengan kunjungan teman2...nasib baik bilik tu aku dok sorang so bilik aku riuh rendah la dari pagi sampai la ke malam....
Dan hari ni aku baru je abis pantang setelah menunggu 40hari...Alhamdullilah semasa berpantang tiada sebarang masalah yang berlaku pada aku n baby...sepanjang tempoh berpantang ibu aku yang jaga....so aku berterima kasih sangat2 pada ibu n ayah aku sebab sepanjang aku berpantang ibu aku jaga kami sekeluarga dengan baik sangat2...pengorbanan ibu tak dapat dinilai dengan wang ringgit dan hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya....
Buat hubby terima kasih kerana sudi bersama2 menjaga aku n RIZQY sepanjang aku berpantang...hubby sanggup berjaga malam bersengkang mata untuk menjaga anak dari salin pampers, bagi susu (baby minum susu fomular n badan)...Alhamdullilah anak aku plak tak banyak ragam...tak pula dia menangis malam2..kalau dia bangun tengah malam pun dia cuma bersuara je main sorang2.....Syukur sangat aku pada ALLAH selama tempoh aku mengandung, bersalin dan berpantang semuanya dalam keadaan baik dan aku panjangkan doa kepada ALLAH supaya aku diberikan kesabaran dan ketabahan sepanjang aku membesarkan AHMAD RIZQY SYAH BIN YA MOHAMMAD NAZRI SYAH
Posted at 09:40 am by yanazana
Tuesday, July 08, 2008
Sebenarnya dah lama aku nak tulis entry ni dalam blog...tapi hari ni baru aku nak dedahkan perkara sebenar....
Setelah 2 tahun 4 bulan aku mendirikan rumahtangga dengan YA MOHAMMAD NAZRI SYAH BIN ISMAIL...akhirnya berkat segala usaha dan jawapan sudah terjawab....pada 11 Februari 2008 aku disahkan mengandung 5 minggu....suka tak terkata aku n hubby...saat ni la mula nak terpikir nak minta anak panggil aku n hubby apa eeekk???? berita ni aku sampaikan pada keluarga aku yang jauh di perantauan....ibu aku gembira sesangat sampai menangis...sebab ibu aku betul2 menolong aku....bila ada je org pegi mekah pasti doa perolehkan zuriat untuk aku n hubby tak penah tinggal...terima kasih ibu n ayah kerana berusaha untuk anak n menantu...
Dan kepada kengkawan juga aku beritahu dengan harapan semoga mereka mendoakan kesejahteraan kami...bulan ke bulan akhirnya perut aku mula menampakkan kelibat org mengandung....usia 3 bulan dah macam 5 bulan...dan sekarang usia kandungan aku sudah pun mencecah 7 bulan...
Nak jadikan satu cerita...aku n hubby memang tak tau yang aku mengandung...tapi entah macam mana hubby suka sangat beli transfomers...macam2 bentuk dia beli..kalau murah tak pe la jugak...paling murah kalau harga malaysia dalam rm30++ paling mahal dalam rm300++...semua tu dia beli atas minat yang tetiba je datang...aku memang tak halang dia nak beli benda2 tu..tapi aku memang la pelik...sebelum tau aku mengandung...hubby demam panas...tetiba je demam n muntah2...aku plak tak rasa pape...cuma kesian je kat hubby...ye la dia kan suka mengusik aku..bila dah demam cian sangat aku tgk dia....rupa2nya dia yang kena mabuk mengandung dulu sebelum aku terkena
Memula mengandung memang takut...macam2 dipikirkan....tapi berkat sokongan hubby...alhamdullilah semua berjalan dengan lancar...bila tau je aku mengandung...hubby la org pertama paling gembira sesangat...lama bebenor dia tunggu....sampai satu keje pun dia tak bagi aku buat..rasa bertuah sungguh dapat suami macam ni dan rasa bertuahnya badan bila mengandung.....
Bila tau je mengandung...macam biasa la...muntah2 n loya2 memang ada..tapi tak teruk sangat...cuma kalau makan akan kuar balik dan ianya berterusan sampai la usia kandungan aku 7 bulan....hubby puji aku comel bila mengandung hehehehe...
Jantina baby bila scan plak dari usia 4 - 6 bulan tak pernah nak nampak...doktor kata dia malu...dia tutup rapat ANU nya ngan kaki....so,,,bila usia dah 7 bulan aku dah mula beli barang sikit2...tapi bab warna aku n hubby pakai kaut je..sebab tak tau jantina apa....
Dan baru semalam aku ke klinik...akhirnya segala persoalan terjawab...jantina dah pun tau...sebab sebelum aku masuk jumpe doktor, aku cakap ngan baby..."tolong buka kaki"...aku n hubby nak sangat tengok jantina baby...dengan izin ALLAH....bila scan je terus doktor nampak...hubby pun nampak jelas jantina baby....nak tau jantina apa..nanti eeekk...next entry....
Doktor kata baby aku besar...setiap kali jumpe doktor, pasti doktor akan cakap benda yang sama...bila aku jumpe doktor kat Malaysia pun dia kata baby besar....kalau ikut kiraan bulan islam kandungan dah masuk 7 bulan...tapi kalau ikut putaran sebenar belum masuk 7 bulan...tapi bila jumpe je doktor...doktor kata usia kandungan bila di kira dari berat n panjang baby dah macam 8 bulan...bila aku cerita kat ibu, ibu kata mungkin bersalin awal...semalam jugak doktor, nurse n hubby nampak baby buka mata, siap doktor print gambar dia buka mata..aku plak tak nampak pape pun (sebab tak pandai tgk)..tak pe yang penting anak aku sihat.........
Tarikh jangkaan melahirkan plak pada bulan SYAWAL...mungkin 1 SYAWAL...apapun tunggu je la...mudah2an aku n baby selamat....
So bila dah tau je jantina...sekarang ni bole la cari nama yang sesuai mengikut islam dan pakaian pun dah bole beli ikut jantina.....
Kepada kengkawan aku mohon doa kalian...doakan keselamatan aku n baby...INSYAALLAH...
Posted at 11:11 am by yanazana
Friday, June 27, 2008
Kalau cerita pasal PEMBANTU RUMAH ni...Orang2 Malaysia kat sini ada pelbagai cerita menarik yang bole dikongsi...Kami ibu2 bila berkumpul je...pasti ada topik PEMBANTU RUMAH...semua ada pengalaman tersendiri...
Aku berada di Jakarta hampir setahun empat bulan...dan pembantu rumah aku yang tetap termasuk ari ni seramai 6 orang...tu tak termasuk traning yang nak ke MALAYSIA...kalau campur tetap + traning semua sekali dalam 15 orang...macam2 perangai aku jumpe...
Kalau yang traning ni plak satu yang tak bole tahan dengan soalan dia..."Bu kapan mau berangkat ke Malaysia???"...baru datang traning tiga empat hari..dah tanya bila nak berangkat...buat keje plak tak berapa pandai...tapi nak pegi Malaysia tak nyempat2...kekadang tu bahasa malaysia pun tak tau..jangan cakap bahasa malaysia tak berapa nak tau..bahasa indonesia pun tak gheti...mana nak ghetinya..dok umah ngomongnya jowo...so bahasa sendiri pun belum abis belajar..dah sibuk nak ke Malaysia...kekadang tu ada yang jawab telepon pun tak tau....ada ke patut bila org tepon umah aku dia yang jawab 'Bu, ada tepon".....tup tap aku pegi nak angkat phone...dah letak...nak tergelak pun ada...tapi sabar je la....bukannya sekali dua...banyak kali..dah diajar pun tak paham...
Ada plak yang traning ni suka la bercerita...ada sorang ni cerita kat aku...dalam biodata dia tulis dia CHANDAAA...aku pun tanya "apa tu CHANDAAA???"...dia kata "CHANDAAA tu nggak punya suami bu"...rupanya CHANDAA tu JANDA...hahahaha......geli hati kalau teringat balik....diaorg ni memang suka bercerita...kekadang tu ada yang aku tak paham...tapi aku nak jadi pendengar setia..kena la dengar....aku n hubby kalau layan diaorg memang macam famili sendiri...aku tak nak diaorg terasa asing....kalau di tanya kenapa nak keje kat Malaysia...macam2 jawapan yang kuar...ada yang nak melancong, nak cari suami, nak kawin ngan org malaysia n macam2 lagi la n tak kurang gak memang nak bantu famili....kalau dinding kat bilik pembantu..macam2 tulisan kenangan diaorg tulis.....antaranya ibu sama bapak baik bangat....
Kalau cerita plak pasal pembantu tetap ni lagi la tension.....memula datang keje..memang betul nak cari rezeki...tapi bila lelama...agaknya bosan ke..maklum la kami berdua je....kalau ada yang nak berenti tu bukan bagitau nak berenti...tapi bagi alasan....abang kawin, mak meningggal, mak sakit...org2 kat sini kalau meninggal atau sakit bole plak bawak memain....aku bukan apa..penah terjadi satu kes...pembantu rumah kawan aku si A bagitau yang mak dia meninggal so kawan aku bagi la maid dia balik...tup tap bila aku pegi je umah kawan aku B yang kenalkan pembantu rumah pada si A tadi ..bila aku jenguk je kat dapur..aku nampak plak pembantu rumah A tadi..aku tanya "kenapa ada kat sini?" dia kata "tak betah tinggal di rumah ibu A" tak ke cerita dah jadi lain...bukan sorang dua je buat perangai macam tu..kebanyakan diaorg ni memang akan gunakan alasan yang sama untuk berenti...so konon2 dah balik kampung..tapi rupanya keje umah org lain....
Ada gak aku dapat pembantu rumah yang memang rajin giler....sampai jiran2 semua puji...akhirnya balik kampung..sampai sekarang tak balik2...duit gaji dia plak ada sebulan lebih kat aku dan sampai sekarang dia tak datang tuntut....agaknya dah malu la tu....dan sekarang aku guna pembantu rumah tetap yang ke 6...mudah2an kekal la ngan aku kat sini sampai aku balik Malaysia...
Kepada kengkawan yang ambik pembantu rumah tu...hati2 la..sebaik2 manusia tak de yang tak menipu..tapi kalau dapat yang terbaik tu syukur la bebanyak pada ALLAH...susah nak dapat org sebaik2nya...kalau yang dapat tak berapa bagus tu jangan la buat macam hamba...dia manusia macam kita gak..perlukan rehat....layan la sebagai manusia...kalau nak layan sebagai famili tak salah...tapi tak semua pembantu rumah tau nak membalasnya...kalau ada yang kita anggap macam famili tapi bila dah lama2 naik LEMAK perasaan hormat pada majikan langsung ilang....so jangan terlalu baik dan terlalu jahat...aku cakap ni pun berdasarkan pengalaman aku n ibu2 kat sini.....
Kalau ada sedara mara atau kengkawan yang nak pinjam pembantu rumah kita, jangan serahkan arahan seratus peratus pada majikan...kita kena tanya jugak kepada pembantu kita kot2 bole ke keje kat umah org tu org ni...kalau dia tak nak...jangan la paksa...kita kena gak ada hati dan perasaan....jangan kuarkan arahan melulu je..kot2 pembantu rumah kita tak sihat ke...mana la tau...
Siapa ada masalah atau tension ngan pembantu rumah ni bole la tukar2 cerita ngan aku...almaklumla... dah terlalu banyak pengalaman dengan pembantu2 rumah ni
Posted at 08:41 am by yanazana
Thursday, June 12, 2008
KEDATANGAN KELUARGA TERCINTA KE JAKARTA
Ayah+ibu+luqman+mak mertua n pak mertua baru je balik ari tu 7 Jun 2008 setelah 10 hari kat sini...rumah plak terasa sunyi semula...
Masa datang memula ari tu...hubby yang baru kuar wad ni pegi la ambik...sampai je umah...masing2 kuarkan barang yang dibawa....hehehehe sekali mak n pak mertua aku belikan 100 plus sekotak sebanyak 24 botol kecik2...patut la beg berat semacam...famili aku plak bawak barang2 yang memang aku pesan....yang penting sekali aku punya tikar...hehehehe....
Mak n Pak mertua aku baru first time jejak kaki ke indonesia..so kebetulan dia datang seolah2 macam nak ziarah anak dia yang sakit...hubby plak lepas je ambik famili, dia terus terbaring..sebab badan masih lagi lemah....so hari pertama famili datang..kitaorg tak kemana...dok umah je....kali ni aku tak banyak ikut berjalan....sebab kesihatan aku tak mengizinkan....
Macam biasa kalau dah kesini..aku n hubby bawak berjalan ke taman safari n bandung....tempat2 lain pun bawak gak..tapi banyak yang famili kena jalan sendiri la...aku tak dapat nak teman sesangat.....hubby nak teman pun...kesihatan dia pun belum pulih sepenuhnya......
7 Jun 2008...famili pun berangkat pulang...hubby macam biasa la antar sampai dalam..yang aku ni antar sampai kat luar je...so lepas je salam2...aku pun menangis la....mengenangkan ntah bila la dapat jumpe lagi....mungkin tahun depan kot....sebab pasni aku dah tak bole nak balik sana lagi.....sedihnya...tak sabar aku nak balik terus ke Malaysia n dapat jumpe famili..tak payah la nak ulang alik naik kapal terbang....
Ayah sampai je KLIA ayah terus je tepon n antar kabar dah selamat sampai...Alhamdullilah..semuanya berjalan dengan lancar...dan semoga famili aku n hubby gembira sepanjang bersama aku n hubby kat sini....
Posted at 04:31 pm by yanazana